Skip to main content

Department of Hematology & Transfusion Medicine Unit

HOME

Berita: Hari Keluarga & Sukaneka Jabatan Hematologi 2020


20 Januari 2020

Jabatan Hematologi dan makmal telah menganjurkan Hari Keluarga & Sukaneka pada 17 & 18 Januari 2020. Hari Keluarga tersebut diadakan di Sutra Beach Resort, Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai hampir 40 keluarga kakitangan Jabatan Hematologi dan makmal telah menyertai perjumpaan tersebut untuk mengeratkan lagi silaturrahim, bersukaria bersama rakan sekerja serta berkenalan dengan ahli keluarga.

Peserta mulai hadir dan mendaftar masuk di Sutra Beach Resort selepas tengahhari 17 Januari 2020 terus tanpa lengah meneroka kemudahan yang disediakan dan keindahan di sekitar resort. Pelbagai aktivti menarik disediakan iaitu Makan Malam dan Sukaneka. Majlis Makan Malam dimeriahkan dengan ucapan dari pengerusi program iaitu Ketua Jabatan Hematologi, Prof. Madya Dr. Noor Haslina Mohd. Noor. Seterusnya pengisian makan malan dimeriahkan dengan persembahan multimedia, acara kuiz santai, cabutan bertuah, pembahagian hadiah dan acara potong kek.

Seterusnya pada keesokkan hari, acara menarik disediakan iaitu sukaneka hari keluarga. Pelbagai permainan menarik disediakan kepada semua kakitangan Jabatan Hematologi serta ahli keluarga masing-masing. Permainan tersebut adalah seperti 'walk on brick, fill water in bottle, egg on spoon, find candy, walk on 3 leg, music chair. Acara sukaneka diakhiri dengan pemberian hadiah. Semua peserta bersurai pada petang 18 Januari 2020.

download.jpg

Kredit Gambar: Staf Makmal Hematologi.