Skip to main content

Department of Hematology & Transfusion Medicine Unit

Aras Terapeutik Heparin Terkini

  • Untuk makluman semua, julat nilai aras terapeutik piawai Unfractionated Heparin (UFH) yang menggunakan ujian asai anti-Xa dicadangkan oleh piawaian adalah di antara 0.3 – 0.7 iu/mL. Julat nilai aras tersebut adalah bersamaan dengan pemalar 1.5 – 2.5 kali bagi julat nilai normal ujian activated partial Thromboplastine Time (APTT).

  • Kajian in vitro terkini di makmal mendapati julat nilai aras terapeutik UFH menggunakan ujian asai anti-Xa antara 0.33 – 0.72 IU/mL menghampiri pemalar 1.5 – 2.5 kali julat nilai normal APTT.

  • Sehubungan dengan itu, pegawai perubatan dan pakar-pakar disarankan untuk menyesuaikan dos heparin yang sesuai dengan julat terkini kajian in vitro di makmal.

(Dikemaskini 1 Mac 2026)

Hebahan: Aras Terapeutik Heparin Terkini di HPUSM 📢

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Prof / Dr / Tuan / Puan,

Mohon perhatian mengenai makluman rasmi daripada Jabatan Hematologi/Unit Perubatan Transfusi (bertarikh 1 Mac 2026) berhubung kemas kini julat aras terapeutik Unfractionated Heparin (UFH).

Berikut adalah ringkasan penting untuk rujukan dan tindakan klinikal:

* 🩸 Julat Terkini: Kajian in vitro makmal terkini mendapati julat aras terapeutik UFH menggunakan ujian anti-Xa adalah antara 0.33 – 0.72 IU/mL.

* 📊 Julat bacaan ini adalah menghampiri pemalar 1.5 – 2.5 kali julat nilai normal ujian APTT.

* 👨‍⚕️👩‍⚕️ Tindakan: Semua pegawai perubatan dan pakar disarankan untuk menyesuaikan dos heparin pesakit selaras dengan julat terkini kajian in vitro ini.

Mohon kerjasama semua untuk memanjangkan hebahan ini kepada rakan-rakan di jabatan masing-masing (terutamanya di Jabatan Perubatan, Kecemasan, Anestesiologi, dan Farmasi).

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.
B/p Ketua Jabatan Hematologi

https://haematology.kk.usm.my/index.php/component/ajax/?p=image&src=%7B%22file%22%3A%22images%2FGAMBAR_COAG%2FHebahan%20Aras%20Terapeutik%20Heparin%20Terkini%201.3.26.jpeg%22%2C%22type%22%3A%22webp%2C85%22%2C%22thumbnail%22%3A%22768%2C1056%2C%22%7D&hash=42050f8d