Skip to main content

Department of Hematology & Transfusion Medicine Unit

Berita & Aktiviti

Program Jom STEM! scientist@school USM Bersama SK Kubang Kerian 1

Facebook Post

Program Jom STEM! scientist@school USM Bersama SK Kubang Kerian 1

Pada Khamis, 9 April 2026, Jabatan Hematologi, MPG, SPICES, PPSP USM & MSA PPSK, USM bersama SK Kubang Kerian 1 (SKKK1) telah berjaya menganjurkan Program Jom STEM / STI 100³ (Kitaran 2 2025). Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif hebat "100 Saintis @ 100 Sekolah @ 100 Hari"! 🚀


Ribuan terima kasih dan syabas diucapkan kepada Pengarah Program, Dr. Nor Hayati Ismail, serta seluruh ahli jawatankuasa dan pasukan atas penat lelah menjayakan program ini.


Melihat maklum balas yang diterima, kami sangat bersyukur program ini berjalan dengan lancar dan memberikan pembelajaran yang bermakna buat anak-anak SKKK1. Penerangan yang jelas beserta hands-on activities yang menarik benar-benar memukau perhatian peserta. Pendekatan inquiry-discovery ini berjaya membuktikan satu perkara: SAINS ITU SANGAT MENYERONOKKAN! 🧪✨


Bukan sahaja anak-anak murid yang teruja, malah cikgu-cikgu pengiring terutamanya dari bidang bukan Sains pun sangat gembira sampaikan ada yang rasa tak puas dan belum mahu pulang! 😄 Ini semua hasil kerja keras barisan staf, fasilitator, dan usher yang sangat komited, mesra, dan rapi.


Penghargaan istimewa juga buat rakan-rakan AJK tambahan yang sudi turun padang membantu melancarkan lagi program:


Senarai AJK terlibat:
1. DR. NOR HAYATI BINTI ISMAIL
2. PROFESSOR MADYA DR. SHARIFAH EMILIA BINTI TUAN SHARIF
3. DR. MARYAM BINTI AZLAN
4. FARAHWAHEDA BINTI OTHMAN
5. NOR RAIHAN BINTI RAMLI
6. AHMAD SHARIFUDDIN BIN MUKHTARRUDDIN
7. AHMAD ZAKWAN MUSTAFA
8. ROAZLIANA RAMLI
9. MOHAMAD NAJIB MOHD NAFI
10. DR. NURUL ASYIKIN NIZAM AKBAR
11. WAN NORHASIKIN BINTI WAN MARIZAM
12. SITI ROSMAIZATI NOR HISHAM
13. AZILAWATI BINTI AZIZAN
14. SUHAIDA BINTI MD AKHIR
15. MUHAMMAD AIZAT BIN MOHD AMIN
16. NORHASIMAH BINTI MAMAT @ MUKHTAR
17. JUWAIRIYYAH BINTI ABD RAZAK
18. NURUL IZZAH BINTI ABDUL RAZAK
19. NURUL 'ADANI BINTI SANUSI
20. ASIAH NABIHAH BINTI ARIFIN
21. NUR BALKHIS BINTI MOHD LAILI
22. NUR SOFIYA BINTI ZAINUDDIN
23. NASIHAH BINTI MOHD ZAHID
24. NOR ATHIRAH BINTI MOHD NAJIB
25. MUHAMMAD HAMIZAN BIN ZAWAWI
26. NUR ANISSA VIDKA ANJANI
27. MUIZZUDDIN BIN JAMALUDDIN
28. MUHAMMAD HARITH AMMAR BIN RAMLI
29. WAN ARIFAISAL BIN WAN HANIF
30. MOHAMAD AZEEM BIN SULAIMAN
31. AZIZO BIN DAUD
32. MUHAMMAD AIMAN BIN YUSLAN
33. NATASYA NAILI BINTI MUHAMAD NOR
34. Waheed & Raihan dari HSIP, Kuala Krai.
35. Tasya & Asiah dari HRPZ II, Kota Bahru.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak SKKK1 atas kerjasama yang padu. Pihak kami juga memohon maaf dengan sepuluh jari andai ada sebarang kekurangan sepanjang program berlangsung.
Semoga kolaborasi seperti ini dapat diteruskan ke masa akan datang demi melahirkan generasi masa depan yang mencintai STEM! ❤️🧬

#JomSTEM #ScientistAtSchool #100Saintis100Sekolah100Hari #USM #PPSP #HematologiUSM #SKKubangKerian1 #STEMEducation #SainsItuMenyeronokkan

Hubungan Universiti-Industri Diperkukuh: Jabatan Hematologi USM Anjur Bengkel Morfologi Kebangsaan (Wilayah Timur) & Rasmikan Sistem CAL7000 Pertama Di Malaysia

Facebook Post

Hubungan Universiti-Industri Diperkukuh: Jabatan Hematologi USM Anjur Bengkel Morfologi Kebangsaan (Wilayah Timur) & Rasmikan Sistem CAL7000 Pertama Di Malaysia

KUBANG KERIAN, 2 Jun 2026 – Satu anjakan paradigma dalam amalan hematologi makmal telah dizahirkan hari ini melalui penganjuran Seminar Makmal Antarabangsa bertajuk Morphology Matters: Elevating Haematology Practice with Professor Dr. Gina Zini. Program berprestij ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Auditorium SPICES, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM).

Bengkel yang dijalankan sepenuhnya secara fizikal ini dianjurkan oleh Jabatan Hematologi PPSP USM dengan kerjasama strategik bersama pengedar rasmi Utas Maju Sdn. Bhd. serta pengilang peranti perubatan global, Mindray (M) Sdn. Bhd. Program ini mengumpulkan kehadiran pakar-pakar perubatan, pegawai sains, juruteknologi makmal perubatan (JTMP), serta para pelajar dari dalam dan luar Kelantan.


Kehadiran Menggalakkan & Perkongsian Pakar Antarabangsa

Pendaftaran peserta bermula seawal jam 8:30 pagi, dengan barisan pengamal perubatan yang teruja untuk menimba ilmu daripada pakar terkemuka dunia, Prof. Dr. Gina Zini dari Università Cattolica del Sacro Cuore, Itali. Suasana pendaftaran yang teratur ini boleh dilihat menerusi rakaman.



Sesi ilmiah dimulakan dengan pembentangan bertajuk "Revolutionizing Morphology: The Shift from Traditional Practices to Digital Analysis" oleh Prof. Dr. Gina Zini, yang mengupas revolusi teknologi makmal daripada kaedah mikroskopi tradisional kepada analisis digital yang dipacu teknologi pintar. Sesi kedua diteruskan oleh pasukan pakar daripada Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC@IIUM) yang membincangkan integrasi kecerdasan buatan (AI) dalam analisis darah. Interaksi dinamik di dalam dewan sepanjang sesi kuliah berlangsung dirakam.

 

Sorotan Utama Acara & Detik Bersejarah

Revolusi Morfologi Digital: Perkongsian eksklusif trend global AI-Integrated workflow oleh Prof. Dr. Gina Zini.

Perasmian CAL7000 Pertama di Malaysia: Kemuncak acara pada jam 12:30 tengah hari menyaksikan upacara simbolik perasmian Mindray CAL7000 Cellular Analysis System yang pertama seumpamanya di Malaysia, yang ditempatkan di Jabatan Hematologi USM. Gimik penyerahan dan perasmian sistem canggih ini disempurnakan seperti yang diabadikan pada plak khas.

Perbincangan Kes Khas (Special Case Study): Sesi petang diisi dengan pembentangan kes-kes morfologi yang menarik dan mencabar oleh Pasukan Hematologi USM untuk diulas bersama Prof. Dr. Gina Zini.

Lawatan Makmal: Peserta dibawa melawat Makmal Hematologi USM bagi melihat sendiri ekosistem kerja makmal yang moden.

Menerusi ruang santai di sela-sela program, perbincangan dua hala turut diadakan antara Prof. Dr. Gina Zini dan Ketua Jabatan Hematologi USM, Dr. Shafini Mohamed Yusoff.



Jawatankuasa Berdedikasi Memacu Kejayaan

Kelancaran program berskala besar ini merupakan hasil usaha berterusan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang komited. Dipandu oleh Dr. Shafini Mohamed Yusoff dan Dr. Zefarina Zulkeflee selaku Penasihat, serta diterajui oleh Dr. Lee Si Yuen sebagai Pengerusi, senarai rasmi struktur organisasi yang menjayakan bengkel.

Acara gilang-gemilang ini melabuhkan tirainya pada jam 3:30 petang dengan sesi fotografi beramai-ramai yang mengumpulkan barisan penganjur, penceramah jemputan, dan para peserta di dalam auditorium. Pihak industri (Mindray dan Utas Maju) melahirkan rasa kagum dan penghargaan yang tidak terhingga atas layanan mesra komuniti USM serta hospital sekitar Pantai Timur yang hadir, di samping mengharapkan kolaborasi akademik seumpama ini akan terus berkembang pada masa akan datang.

Teks: Ahmad Zakwan Mustafa

Berita: Hari Keluarga & Sukaneka Jabatan Hematologi 2020


20 Januari 2020

Jabatan Hematologi dan makmal telah menganjurkan Hari Keluarga & Sukaneka pada 17 & 18 Januari 2020. Hari Keluarga tersebut diadakan di Sutra Beach Resort, Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai hampir 40 keluarga kakitangan Jabatan Hematologi dan makmal telah menyertai perjumpaan tersebut untuk mengeratkan lagi silaturrahim, bersukaria bersama rakan sekerja serta berkenalan dengan ahli keluarga.

Peserta mulai hadir dan mendaftar masuk di Sutra Beach Resort selepas tengahhari 17 Januari 2020 terus tanpa lengah meneroka kemudahan yang disediakan dan keindahan di sekitar resort. Pelbagai aktivti menarik disediakan iaitu Makan Malam dan Sukaneka. Majlis Makan Malam dimeriahkan dengan ucapan dari pengerusi program iaitu Ketua Jabatan Hematologi, Prof. Madya Dr. Noor Haslina Mohd. Noor. Seterusnya pengisian makan malan dimeriahkan dengan persembahan multimedia, acara kuiz santai, cabutan bertuah, pembahagian hadiah dan acara potong kek.

Seterusnya pada keesokkan hari, acara menarik disediakan iaitu sukaneka hari keluarga. Pelbagai permainan menarik disediakan kepada semua kakitangan Jabatan Hematologi serta ahli keluarga masing-masing. Permainan tersebut adalah seperti 'walk on brick, fill water in bottle, egg on spoon, find candy, walk on 3 leg, music chair. Acara sukaneka diakhiri dengan pemberian hadiah. Semua peserta bersurai pada petang 18 Januari 2020.

download.jpg

Kredit Gambar: Staf Makmal Hematologi.

BERITA: TAHNIAH GRADUAN USM DARI JABATAN HEMATOLOGI 2019

Berita: Tahniah Graduan USM dari Jabatan Hematologi 2019


25 September 2019

Jabatan Hematologi mengucapkan tahniah kepada semua graduan USM yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dari Jabatan Hematologi pada tahun 2019. Graduan tersebut adalah 4 orang pelajar Master in Pathology (Hematology), 3 orang pelajar Master in Science, dan 2 orang pelajar PhD. Majlis Konvokesyen yang diadakan pada tahun ini adalah sangat istimewa kerana diadakan dalam sambutan 50 tahun USM yang menjadikan majlis konvokesyen tersebut lebih meriah dan bermakna. USM menyambut ulangtahun ke 50 pada tahun 2019 untuk menghayati dan meraikan pencapaian sepanjang tempoh 50 tahun penubuhannya sejak 1969. Tahniah sekali lagi kepada Graduan USM H.E.B.A.T dan semoga terus maju jaya.

    

Master in Pathology (Hematology):
  1. Dr. Annie
  2. Dr. Hidayah
  3. Dr. Suba
  4. Dr. Wan Zu.
Master in Science:
  1. Aziee
  2. Haiyuni
  3. Natasya.
PhD:
  1. Dr. Siti Asmaa,
  2. Dr. Imilia.

Kredit Gambar: Prof. Madya Dr. Muhammad Farid Johan.